Of Incik RestNrilekS

and his spontaneous quick shots and thoughs in his life.

Sentuhan Gambar Menggunakan Nokia N8


Assalammualaikum.


Lama sungguh rasanya tak kemaskini blog "LiveMobo : Live Mobile Blogging" ni.  Tapi kali saja nak kemaskini.  Kemaskini pun muat naik bukan guna telefon.  Taip macam biasa atas platform "blogger".  Ntah tetiba kenapa ada angin "rajin".  Haha.  Walhal, kalau tengok di antara muka blogger tu, ada tiga blog yang bukan sahaja dah bersawang, tapi memang nak kena mop, dan gilap sampai menciutkan yer.

Orait, hari ni hari AHAD, jadi tak danya entri ni nak bersifat ilmiah.  Saja suka-suka menaip entri santailah namanya, sambil-sambil tunggu air di cerek nak masak.  Nak buat kopi O.  Teringin pulak tekak ni mengada-ngada.

Sekarang ni, kalau sembang tentang hp, ramainya yang bersuara mengalahkan syarikat pengeluar atau pembangun aplikasi untuk sesuatu platform tu. Aku tak kisah guna mana-mana paltform, janji, berbaloi dengan duit yang dilaburkanlah. Tu yang penting, tu yang afdal. Sebelum beli Nokia N8 ni, ada juga hati nak cuba platform IOS dan Androids, tapi akhir sekali angkat N8 sebab harga, dan paling utama, nakkan kamera berlensa Carlz Zeiss.

Puas hati dan berbaloi, walaupun kena tunggu sedikit lah Incik Nokia kemaskini ke Symbian Anna.  InsyaALLAH, tunggu masanya aje Nokia nak lepaskan Si Belle.  Peribadi, Anna ni bagus lah banding dengan sistem lama PR1.1 

Okay, tak nak cerita panjang, di bawah ni, Incik RestNRilekS kongsi gambar-gambar yang diambil guna Nokia N8.  Semua diubah saiz menggunakan aplikasi Molo.me dengan "filter2" yang berbeza (aplikasi symbian, dan kini didatangkan di bawah Rim dan juga Androids) .  Semua edit guna telefon itu sendiri.  Edit "filter" dan saiz aje.  Kualiti gambar, menggunakan keupayaan N8 sepenuhnya.  Kadang-kadang, bila dah ada N8 (campur dengan internet semua), Lumix GF pun dah terperap dalam almari. Nak bukak komputer untuk bersosial pun malas.  Hehe.

Selamat menjamu mata.  :D

N8 Molome RestNrilekS
Gambar Mikro : Denai Air Sungai Yang Sebesar Lengan.  Terbongkok-bongkok tertonggeng nak ambil. Haha.
N8 Molome RestNrilekS Dried Leaf
Gambar Mikro : Daun Kering Di FRIM.
N8 Molome RestNrilekS Butterfly
Gambar Makro : Rama-rama, tapi masih tak puas hati sebab tangan terketar takut si chantik rama-rama lari.  Rama-rama ni sebesar duit 50sen aje.
N8 Molome RestNrilekS Cat Hide
Tangkapan Biasa dengan "Setting" Pengguna.  Kucing di Kampung Mak Angkat di Slim River.  Ni Masa Raya Ketiga.  Habis depan laman ada bunjut2 pasir taek dikerjakan adik beradiknya.
N8 Molome RestNrilekS Hero
Gambar Makro : Hero, kucing yang jumpa dalam longkang di Pasar Kampung Pandan.  Dah besar dan makin mengganas.  Calar balar dan berlubang tangan jadi lumrah.  Whoaho!!

Itu sahaja untuk kali ni. Kalau di Flickr tu, ramai lagi yang hebat2 ambil gambar guna N8, ternganga pun ada.  Sehingga Incik RestNrilekS di datangkan dengan angin "rajinnya" di lain kali.  Selamat Hari Ahad yang baik untuk kamu semua.

Incik RestNrilekS

Kad Hari Raya.


Kad Hari Raya., originally uploaded by restnrileks.

Salam semua kepada pembaca. Ehh ada ke pembaca? Hehee. Tak pa, ada pembaca atau tidak, tetap gagahkan diri juga la menaip di atas papan kekunci sentuh skrin 3.5in ni. Terkial kial jari menaip. Lama lama okay aje. Kena rajin ringan-ringankan jari ni.

Minggu lepas, busan busan, seperti biasa, merewang la ke jusco maluri. Layan pekena McD. Tapi dalam nak ke McD tu, memang tak teguh semangat sebab akhirnYA, sauk juga la sebarang dua sempena nak raya ni. Pusing pusing, akhirnya sampai ke bahagian jualan kad raya. Apa lagi, sauk la dua set dan juga tiga set sampul duit raya. Dulu dulu rasanya sampul duit raya ni boleh dapat percuma (tadi beli friskies pun dapat sampul duit raya percuma, tapi ada gambar kucing daaa ;)

Lepas beli kad, apalagi, hantar mesej dm kat twitter, minta alamat rakan rakan. Seronok gak menulis kad raya ni, walaupun penat. Yer la, dah lama tak menulis. Zaman sekarang, ramai yang hantar pakai sms dan kat wall fb je. Mudah memang mudah, tapi kadang kadang tu rasa, macam robot sebab tak da sentuhan peribadi. Dapat kad raya ni seronok, sebab kita tahu orang yang memberi tu, ambil masa untuk tulis kepada kita. Keduanya, bila menulis kad raya ni, minda dalam keadaan sedar, jadi penulisan tu agak lain sedikit. Semua kad raya tu akhirnya udah pun dipos. Tak pasti la sempat sampainya sebelum raya atau tidak. Tak pa, janji sudah dihantar. Tu yang penting.

Orait sambung lain kali. Ni muat naik dua gambar sekaligus ni jalan atau tidak mobile blogging ni. Atau cuma gambar pertama ajer yang melekat di entri.

Apapun semua, Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri. Semoga meriah menyambutnya di kalangan keluarga tersayang.

Mobile Blogging via Nokia N8
Fikr Porting
about.me/noorizal

Wordless Wednesday #3 : Doodle Mirror Frame

Mobile Blogging via N8
about.me/noorizal

Durian owh durian


Durian owh durian, originally uploaded by restnrileks.

'Jalan banyak tutup le.' Adik aku maklum kat aku sekembali pulang dari kerja. 'Camtu dok rumah je la.' Jawab aku pendek. 'Melepas la nak tengok transformer 3. Tunggu sewa kat speedy je la camtu.' Tambah aku lagi. 'Malam ni layan durian nak?' adik aku tanya balik. 'jom...' aku bingkas jawab.

Sebenarnya lama giler, ehhh bukan giler, lama bijaksana (baru sedap), aku tak makan durian. Masa kecik kecik dulu, aku memang boleh pulun durian berbiji biji. Tapi dah berapa tahun ke belakangan ni, aku kalau makan durian, sekadar 2-3 ulas je ar. Bukan tak suka, tapi ntah kenapa, cam cannot go. Heran gak.

Tapi malam tadi adik aku ajak, cuba gak. Naik motor terus beli 5 biji. Dua biji rage sepuluh hengget dan tiga biji lagi sepuluh hengget. Semua dua puluh hengget. gerai jual buah ni tak jauh pun. Dalam kurang 200 m dari rumah.

Sampai rumah, apa lagi, bedal la sambil layan tv. Hehe, macam budak budak. Makan duroan berdua 'pas tu sengih sengih. Bedal slow slow nikmati durian yang lemak berkrim. Ada yang satu biji, memang kuning lemak berkrim, bila masuk dalam mulut je, pergghhh, amik ko, dah le lemak, siap gas dia pun naik, macam mat salleh kata apa tu, makan durian, it feels like eating a rotten onion. Mua hhaha.

Aku makan slow slow, satu, dua, tiga dan empat. Yes, akhirnya, kami stop la yang ke empat. La ni ada lagi sebiji. Biasak la, malam tu terkentut kentut. Hahaha, aroma duri sungguh. Dah makan, nak suruh buat air kopi, aku cakap la ' sham, kamu kan kalau buat air kopi sedap... Cuba kamu buat, abang rizal tak reti sangat..' kekeke. Membebel dia kat aku tahu taktik tu, tapi dia buat jugak. Owh dia tu kalau masak, cendekel lagi dari aku. Tapi sodap masakan dia. Hehe.

Akhir sekali, aku nak tanya..
Have you had your durian today? Hehe

Mobile Blogging via N8
about.me/noorizal

Wordless Wednesday #2 : Happy

Mobile Blogging via N8
about.me/noorizal